Ads 468x60px

Followers

Thursday 9 July 2015

Dilema Ibu Bekerja


Selamat pagi semua.
Sekian lama saya dah menyepi dari dunia blogging, sebentar tadi hati terdetik untuk 
berblogging semula. 

Kali ni nak saya nak kongsi dengan semua 
apa masalah yang saya hadapi sebagai ibu yang bekerja. 
Rasa-rasanya para ibu yang lain juga mungkin mengalami masalah seperti saya.

Chewaahh.. emo sikit je intro saya tu kan. hehehe
Bukan apa, bila imbas kembali keadaan dalam negara sekarang ni,
jangan cakap kita sebagai ibu yang bekerja tidak kena tempiasnya. 
Lebih-lebih lagi dengan masalah kenaikan harga barang, GST, minyak 
lantas menyebabkan semua barang dan kos naik.

Saya tak pasti kat negara lain macamana, tapi kalau kat Malaysia
kita ada memang ada pilihan untuk bekerja. 
Anak pula, boleh suruh orang tua kita sendiri tolong jaga atau hantar kepada pengasuh, neseri dan 
sebagainya. 
TETAPI,
tidak semua mampu berbuat begitu. 
Contoh terdekat saya sendiri. 
Dulu masa mula-mula kerja memang mak saya yang tolong jagakan sebab
anak baru umur setahun lebih. Tak berani nak suruh orang lain jaga.
Kalau ikutkan hati saya lebih suka duduk rumah jaga
anak sendiri, tetapi keadaan ekonomi memang sangat-sangat tidak mengizinkan 
dan saya kena bekerja untuk membantu suami.

Mak tolong jaga untuk tempoh 10bulan je, lepas tu mak balik kampung.
Tak sampai hati dah nak suruh ayah tinggal seorang diri. 
Diganti pula oleh adik ipar untuk jaga anak. 

Walaupun keluarga sendiri, kita tetap bagi upah tiap bulan tau.
Upah pun ikut upah pengasuh semasa.


Walaupun sama-sama bekerja suami isteri, 
tak bererti ekonomi keluarga kita 'ok'. 
Sebab bila gaji suami isteri ditambah masih lagi dibawah 3K. 
Cuba korang bayangkan..
Camana nak survive dengan kewangan camtu..
Sewa rumah, loan kereta, loan study, belanja barang dapur, barang anak,
minyak kereta... malas nak cakap dah..


Kadang-kadang ada juga yang tanya, 
"kenapa tak balik kampung je, buat kerja kampung, kos hidup pun lebih rendah"
Tu pendapat orang ye, bukan pendapat saya.

Kalau balik kampung, dari mana nak cari sumber pendapatan?
Kalau dulu, memang kita boleh bercucuk tanam sebab tidak
terbeban dengan mana-mana hutang. 
Betul tak?
Kalau nak disebut kos hidup pula, yang tu lebih jauh menyimpang 
pada pendapat saya sebab, nak cari barang keperluan terpaksa ke bandar.
Jarak kampung dan bandar (di tempat saya yang saya maksudkan ye)
mahu nye 2 jam pergi balik. 
haaa.. jimat ke camtu? dengan harga minyak yang makin naik 
sekarang, harga barang pun naik juga. 
Saya tidak nampak kat mana kos tu berkurang kalau 
duduk kampung. 

Kadang-kadang memang tak ada masa untuk uruskan diri sendiri.
Dengan gaji yang kecil, memang saya cuba cari side income dengan 
cara buat business online. 
Jangan ingat mudah ye walaupun semuanya boleh buat sambil duduk.
Siang hari kerja dipejabat. Bila free pegang smartphone. 
Ada juga yang salah faham, katanya kita tak boleh berenggan dengan 
handphone, tapi hakikatnya mereka tak tahu kita pegang handphone bukan
sekadar ber'facebook' semata-mata tetapi kita cari 
pelanggan untuk barang jualan kita, layan pertanyaan stok dan cari
pembekal. 

Balik rumah saya masih seorang isteri dan ibu juga. (saya tak ada orang gaji ye)
Balik terus masak, kemas rumah dan sebagainya. 
Layan karenah anak pun boleh pening juga walaupun baru seorang anak.
(Saya tabik pada ibu-ibu yang mampu jaga anak lebih dari seorang).
Sambil-sambil tu memang kejap-kejap tengok  handphone.
Orang cakap Kena Usaha Lebih Lagi Untuk Berjaya. 
Ya saya cuba, rasanya ibu yang lain juga mencuba seperti saya.
Tapi tak semua orang terus berjaya.

Tapi tak semua orang faham, apa yang kita korbankan untuk semua tu.
Lebih-lebih lagi masa  untuk diri sendiri, masa bersama anak dan keluarga.
Kita sebut memang senang, tapi bila kita lalui sendiri baru tahu 
pedihnya dalam hati.


Ha... panjang berjela luahan saya kali ni ye.
Heehee..
Kepada yang tidak tahu, coretan saya ni boleh buat anda tahu, 
kepada yang sama seperti saya, mungkin kita 
boleh berkongsi sama-sama cara untuk selesai 
semua ini. 

Akhir kata, salam sayang semua..
Terima kasih kerana sudi baca sampai habis
walaupun isi karangan agak kelaut.
^_^




1 orang tinggal note kat sini..:):

  1. Benda2 mcm ni mmg tak boleh nak elak.mmg agak pahit maung dgn kos hidup yg makin tinggi lebih lagi yg dah berkeluarga. Dulu SB pon alami situasi mcm ni..sekarang dah semakin okey..yg penting kna ada semangat dan sabar.

    ReplyDelete

 

Sample text

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sample Text

Sample Text